Senin, 20 Juni 2011

Kemulian Diri Dengan Berakhlak Baik

Akidah Akhlak
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
Riwayat Muslim
Huraian:
  • Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.
  • Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.
  • Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar