Senin, 20 Juni 2011

Beriman Kepada Malaikat

Akidah Akhlak
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menyeksa haiwan dengan mengerat, mengoyak, mencabut atau mengelar mana-mana anggotanya, maka ditimpakan atasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia semuanya.”
Ibn Umar r.a
Huraian:
  • Haiwan juga merupakan makhluk Allah S.W.T yang wajib dihormati di mana mereka juga merasa sakit seperti manusia sekiranya mana-mana anggota badannya dipukul atau ditikam dan sebagainya.
  • Setiap manusia mestilah menaruh perasaan belas kasihan dan berperikemanusiaan terhadap binatang dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang menyakitkan jasadnya dengan apa cara sekalipun kecuali terdapat beberapa sebab yang diizinkan syarak.
  • Sesiapa yang berlaku zalim dan menganiayai binatang maka layaklah mereka ditimpa laknat Allah, malaikat-Nya serta umat manusia seluruhnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar