Akidah Akhlak Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “Dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur-kumur..”
Riwayat Muslim
Huraian:
Riwayat Muslim
Huraian:
- Perkara-perkara tersebut ada yang wajib hukumnya dan ada yang sunat.
- Perkara yang wajib ialah beristinjak, dan yang lain ialah sunat.
- Apa yang penting, menjaga kebersihan adalah dituntut oleh syarak kerana ia sebahagian daripada iman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar